Origin Films

08:23




Kali ini baru aku berpeluang untuk menulis blog tentang pengalaman aku membuat penggambaran dengan Origin Films bulan lepas. Sekarang baru ada masa untuk berkongsi. 

Aku tidaklah begitu menaruh harapan untuk berjaya dalam audisi pada awalnya tapi terkejut juga bila Origin Films membuat panggilan untuk menerima aku. Dipendekkan cerita, mereka meminta aku untuk datang ke sesi taklimat bagi pemilihan pakaian yang sesuai. Di sesi taklimat itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi lokasi dan waktu yang berbeza.

Aku dan 16 orang yang lain terpilih untuk berkerjasama dalam satu kumpulan. Pada awalnya agak janggal kerana masing-masing tidak bertegur sapa. Hingga hari penggambaran barulah kami mengenali sesama sendiri. Berbalik ke cerita asal, kami diminta untuk berkumpul di lokasi pada pukul 6:45 pagi. Tiba disana aku dibawa ke kem untuk mengambil sarapan yang mereka sediakan khas buat kami. Sedaaap oooo!






"Get ready guys! Sekejap lagi shoot"

Apalagi! Masing-masing bergegas menyiapkan diri.
Sepanjang penggambaran dijalankan dari situlah kami lebih mengenali sesama sendiri kerana setiap adegan bertukar-tukar pasangan. Agak melucukan juga kerana masing-masing mempunyai kerenah sendiri. Karakter berbeza tetapi berkongsi minat yang sama.

"Take 1. Take 2. Action!"

"Reset!"

"Okay one more time!"






Bukan mudah untuk membuat penggambaran dan setiap scene perlu dilakukan dengan begitu sempurna. Walaupun baru pertama kali tetapi kami telah ditunjuk ajar oleh pengarah Siti Kamaluddin dan krew Origin Films.






#Artis

You Might Also Like

0 ulasan