Perjalanan : Berjuang

22:13

Hari ini aku terfikir untuk berkongsi tentang sesuatu yang kita sendiri tidak sedari bahkan setiap hari kita lakukan. Atau mungkin aku baru faham?


"......Babah pergi kerja dulu"

"Kita lalui susah senang bersama......"

"Sekarang saya di rumah tengok anak saya sekejap. Saya jumpa tuan dalam pukul 2 petang?"

"Saya anak yatim"

"Ibu belikan yang ini dulu untuk adik boleh? Sebab ibu lupa bawa duit banyak-banyak......"



Pernahkah kita terfikir bahawa setiap kata-kata mereka ini adalah suatu perjuangan? MasyaAllah! Mereka ini berjuang setiap hari. Begitu juga aku dan kamu semua.


"......Babah pergi kerja dulu"

Mereka yang bergelar Babah/Bapa/Ayah/Papa/Daddy/Abi inilah yang berjuang mencari rezeki untuk keluarga. Tenaga dan masa mereka gunakan untuk memenuhi kemahuan awak!


"Kita lalui susah senang bersama......"

Setiap pasangan di dunia ini sudah semestinya menginginkan perhubungan yang kekal bahagia hingga ke Jannah. Siapa yang tidak mau? Mungkin tidak semua yang berjaya tapi kita mampu untuk memperjuangkannya.


"Sekarang saya di rumah tengok anak saya sekejap. Saya jumpa tuan dalam pukul 2 petang?"

Bukan senang seseorang pekerja boleh curi waktu untuk kepentingan mereka. Perkara ini boleh membuat orang atasan memandang mereka sebagai tidak profesional. Tapi adakah kita sedar bahawa mereka ini sanggup mengorbankan masa demi berjuang.


"Saya anak yatim"

Yang ini aku sendiri sedang melaluinya. Bukan senang untuk hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Penderitaan dan kesedihan itu harus dilalui dan sekarang berjuang untuk hidup tanpa mereka disisi.


"Ibu belikan yang ini dulu untuk adik boleh? Sebab ibu lupa bawa duit banyak-banyak......"

Kasih seorang ibu kepada anaknya...... Tidak banyak duit tapi masih mampu memenuhi kemahuan anaknya bahkan pandai menyembunyikan kesusahan mereka. Sungguh kuat kasih sayang seorang ibu bukan?





















You Might Also Like

0 ulasan