Terukir Indah

22:40



MasyaAllah! Indahnya ukiran nama aku dan dia dalam tulisan jawi. Sesuatu yang boleh dibuat kenangan seumur hidup. Kami tidak merancang untuk membuatnya tapi mungkin rezeki kami untuk memilikinya. Alhamdulillah.
Kami kebetulan mengunjungi pesta buku yang diadakan di Stadium Tertutup pada khamis lepas bagi melihat sendiri buku-buku dan produk jualan yang diadakan. Menjejakkan saja kaki ke dalam dewan membuat kami berdua rambang mata! Sampai dua pusingan dibuatnya tapi satu pun belum ada yang sangkut. Tiba-tiba.... mata aku terpandang satu booth yang menjual ukiran kaligrafi nama dalam tulisan jawi dan rumi. Sekali pandang sudah membuat aku tertarik dengan keindahan ukiran yang dibuat oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50 han. Paling penting sekali ukiran ini boleh siap dalam masa 5 minit saja!

Seperti yang boleh dilihat gambar diatas adalah ukiran kaligrafi nama aku dan Ahza *pipi merah*. Semoga kekal hubungan kami sepertimana kekalnya keindahan ukiran kaligrafi ini. Aamiin ya rabbal'alamin. InsyaAllah!












You Might Also Like

0 ulasan